Radio Online - Sinar Fm

on Wednesday 27 August 2014

KIPAS DAN PENGHAWA DINGIN TERLAJAK LARIS
NO. JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN
01 York 1.0hp air conditioner RM799 BELI SEKARANG
02 Daikin 1.5hp Eco King Air Conditioner RM1211 BELI SEKARANG
03 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Air-Conditioner RM793 BELI SEKARANG
04 KDK Table Fan 16" RM128 BELI SEKARANG
05 KDK Wall Fan 16" Remote Control RM259 BELI SEKARANG
06 KDK Ceiling Fan 60" RM146 BELI SEKARANG

Radio Online - Nasional Fm

on Tuesday 26 August 2014

KIPAS DAN PENGHAWA DINGIN TERLAJAK LARIS
NO. JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN
01 York 1.0hp air conditioner RM799 BELI SEKARANG
02 Daikin 1.5hp Eco King Air Conditioner RM1211 BELI SEKARANG
03 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Air-Conditioner RM793 BELI SEKARANG
04 KDK Table Fan 16" RM128 BELI SEKARANG
05 KDK Wall Fan 16" Remote Control RM259 BELI SEKARANG
06 KDK Ceiling Fan 60" RM146 BELI SEKARANG
http://myklik.rtm.gov.my/radio/10156

10 Amalan Sonsang Yang Subur Dalam Masyarakat Melayu Malaysia

on Saturday 21 June 2014


Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi ialah:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Alhamdulillah sekarang ramai jiran-jiran terutama orang kampung bersama-sama membantu. Itu yang diharapkan seperti dalam hadis ini :

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di
rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Mohon sebarkan agar kita dapat memperbaiki perkara ini[truncated by WhatsApp]

Kekosongan Jawatan di Universiti Teknologi Malaysia

on Thursday 6 February 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg Prof./Saudara,

Sukacita dimaklumkan bahawa Iklan Kekosongan Jawatan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi jawatan Pengurusan Profesional dan Pelaksana akan dibuka mulai 5 Februari hingga 18 Februari 2014. Pemohon perlu mengisi borang secara online melalui capaian seperti berikut :

1. http://registrar.utm.my/en/hcm/
2. https://hrfin.utm.my/smuhr/

Senarai jawatan yang akan diiklankan adalah seperti berikut :

i. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Gred N17)

ii. Pembantu Perpustakaan (Gred S17)

iii. Pembantu Tadbir (Kewangan) (Gred W17)

iv. Penolong Pegawai Tadbir (Gred N27)

v. Penolong Juruaudit (Gred W27)

vi. Penolong Pegawai Senibina (Gred J29)

vii. Penolong Pegawai Latihan Vokasional (Gred J29)

viii. Setiausaha Pejabat (Gred N27)

ix. Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F41)

x. Arkitek Landskap (Gred J41)





Sebarang pertanyaan berhubung iklan jawatan kosong boleh diajukan kepada urusetia Seksyen Perjawatan, Bahagian Pengurusan Modal Insan Pejabat Pendaftar di talian 31192 (Puan Siti Wahidha) atau 31193 (Puan Nor Faizan). Hanya calon yang telah mengisi borang secara online sahaja akan diproses.

Sekian, terima kasih.

Gaji Kecil, Gaji Besar

on Friday 17 January 2014


Terus Terang Jika Anda Hanya Seorang Pekerja Swasta atau Kerajaan, Pasti ada Tanga Gaji!

Untuk menambah Pendapatan sila daftar




Tak Suka Gemuk!

on Thursday 16 January 2014


Atasi Obesiti Dengan - Bakar Lemak Pantas!

I,M Doing Work

 
© My ThruBox All Rights Reserved
OnLajer